Rabu, 9 Mei 2012
Buat jiwa yang diruntun resah
Marah itu adalah sifat iblis..sifat syaitan..Iblis dan syaitan di cipta dari api.Maka padamkanlah api kemarahanmu dengan air.ambil lah wudhu.kembalilah pada penciptamu
Selasa, 8 Mei 2012
Biodata Makanan Kehidupan
Makanan yang masuk ke dalam perut melalui mulut manusia adalah terdiri daripada bermacam-macam jenis dan ragamnya.Samalah seperti lafaz kata-kata yang keluar dari mulut kita dan masuk ke halwa telinga manusia yang lainnya.Jagalah resipi kata-kata.Agar ianya sentiasa indah, manis, lazat buat yang mendengarnya dan menggambarkan peribadi buat si tukang kata yang mengadun resepi nya.
Isnin, 7 Mei 2012
Cara termudah memasak nasi
Biasanya setiap orang akan merasa susah untuk memasak nasi.Berikut di sediakan cara terMUDAH untuk memasak nasi..
Cara-caranya ialah ikut dua langkah mudah ini:
tunggu 15 minit kemudian dan lihatlah hasilnya.
Cara-caranya ialah ikut dua langkah mudah ini:
- Panggil Amah Awda
- Suruh lah amah tersebut memasak nasi
SELAMAT MENCUBA
Mengasah Pisau
MENGASAH
Cara mengasah pisau ada berbagai cara, terpulang kepada citarasa seseorang.Tiada cara yang spesifik atau khusus bagaimana cara yang betul untuk mengasah mata pisau. Masing-masing dengan cara sendiri.
Dibawah adalah kedudukan mengasah yang disyorkan. (sebagai panduan sahaja)
Cara mengasah pisau ada berbagai cara, terpulang kepada citarasa seseorang.
Dibawah adalah kedudukan mengasah yang disyorkan. (sebagai panduan sahaja)
Liking Kuasi
bahan2nya:
ikan kuasi atau rumahan, atau yang bersesuaian
bawang merah dihiris halus
cili kisar
asam jawa
garam
cara2nya:
bersihkan ikan, dibelah belakangnya.
sediakan satu mangkuk besar, masukkan asam jawa yg dicampur air, cili kisar, bawang merah yang dihiris dan garam. gaul hingga rata. masukkan campuran tadi ke dalam belakang ikan yang dibelah dan ke dalam perut ikan. kemudian lumurkan juga campuran tadi ke seluruh badan ikan. biarkan dalam freezer untuk beberapa hari hingga bahan2nya sebati dengan ikan. bila hendak makan, bolehlah digoreng.
liking ini juga boleh dibuat kering, dgn cara... selepas ikan selesai dibagi bahan2, bolehlah dijemur di tengah panas hingga kering.
Rendang Daging
250 ml
minyak masak 3 kuntum bunga lawang 50 gm serbuk jintan manis 3 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 1 camca teh serbuk kunyit 3 kg daging 500 ml santan 100 gm kerisik Sedikit garam dan gula |
Bahan-bahan
dikisar: 5 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2 cm halia 1 cm lengkuas 10 tangkai cili kering 100 gm buah keras |
Cara: | |
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas,
bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing. Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak. Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar. Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut. Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati. |
Langgan:
Catatan (Atom)